Thursday 17 October 2013

Kucing dan Kami

Assalamualaikum.....

Hari ni Feq nak citer sikit pasal kucing dalam hidup Feq. Kucing merupakan satu haiwan yang dijadikan sebagai teman hidup manusia terutamanya sebagai orang Islam. Mungkin ada orang suka bela arnab, kura-kura, ikan atau sebagainya, tapi Feq paling suka kucing.

Dari kecik Feq dah start suka bela kucing, kucing pertama yang Feq bela nama dia Stokin. Haha .... memang nama dia Stokin sebab kat empat-empat kaki dia warna putih, kat bahagian lain semua hitam. Memang nampak macam pakai stokin, so Feq namakan dia Stokin. Stokin tak sempat membesar kerana tak sampai setahun Stokin mati. Satu hari tu, Stokin kena himpap dengan pokok, walaupun masih hidup Stokin tak boleh berjalan dan akhirnya kene jangkitan cacing dalam badan. Selepas seminggu dua Stokin mati dengan keadaan cacing penuh di dalam badan. Walaupun bela Stokin tak sampai setahun, Stokin kucing kesayangan Feq.  Walaupun Feq hanya berumur dalam 5-6 tahun, Feq tanam sendiri Stokin di tepi kawasan rumah. Sambil tanam sambil menangis meraung. Mau tak nangis, kucing pertama Feq bela, mestilah dah jatuh sayang.

Kenangan Feq bersama Stokin
Selepas dah kahwin ni, Feq dan Ina decide untuk bela kucing kat rumah. Sebagai pasangan suami isteri yang masih belum mempunyai cahaya mata, bela kucing banyak membantu kami menghidupkan suasana ceria di rumah. Sememangnya sebagai pasangan yang dua tahun berkahwin dan masih belum dapat cahaya mata, hidup berdua dirumah kadang-kadang sunyi. So dengan harapan dapat menceriakan suasana di rumah, kami berdua decide untuk bela kucing.

Kucing pertama Feq bela ialah Kiko. Kiko Feq ambik masa masih kecik lagi kat sebuah kedai makan. Kat kawasan kedai makan tu Feq nampak dekat 5-6 ekor anjing berkeliaran kat sekitar kawasan tu. Feq ambil Kiko atas sebab risau anak kucing ni akan dibuli anjing sampai mati. Feq pernah tengok 10 ekor anjing buli seekor kucing sampai mati. Anjing ni bukan nak makan pun kucing ni, kalau makan tu takde la terkilan sangat. Ni dia buat main je kucing tu. Dah mati semua blah macam takde pape berlaku.

Kiko masa kecil ... suka main dan suka gigit.
Gambar terkini Kiko ... still suka gigit haha.

Kucing kedua yang kami bela ialah Chiko. Chiko kucing yang sangat comel, ekor die kembang, warna pon cantik dan yang paling best Chiko sangat manja. Chiko Ina ambil dekat kawasan rumah masa masih kecil jugak. Kami plan amik Chiko sebab nak bagi Kiko kawan main kat rumah. Orang kata tak baik bela haiwan seekor.

Tapi umur Chiko tak panjang, walapun ada orang kata kucing ada 9 nyawa, ajal Chiko tiba lepas 6 bulan kami bela. Suasana sangat sedih masa kami jumpa mayat Chiko tepi rumah mak, Chiko mati dalam keadaan bersih takde kesan luka pada badan. Mayat Chiko macam tengah tidur je. Kami tak percaya yang Chiko dah mati. Feq angkat Chiko bawak balik rumah dan periksa badan Chiko lagi sekali, cuma yang Feq nampak ada darah meleleh sikit dekat hidung Chiko. Kemungkinan besar pendarahan dalaman, Feq rasa kemunginan Chiko kena langgar dengan motor. Dekat sejam kami berdua menangis sambil belai Chiko. Chiko dah macam anak pada kami. Setiap hari main, setiap kali balik Chiko akan tunggu depan pintu rumah. We will always miss u Chiko!

Chiko tengah main :)
Chiko dah pergi buat selama-lamanya .....
Kucing ketiga yang kami bela ialah Melly. Buat pertama kali kami bela kucing betina. Abang Feq kutip Melly kat masjid, Melly hampir kena langgar dengan kereta. Pada awalnya Feq cuma nak bela satu minggu je, Feq nak mandikan Melly pasal banyak kutu kat badan dia, hujung minggu nanti datang rumah mak Feq pulangkan balik kat abang. Last-last dia kata dia nak letak balik Melly kat masjid sebab dia malas nak bela. So kami amik keputusan untuk bela Melly. Kesian pulak dah bela seminggu pastu nak letak balik kat masjid.

Melly
 So sekarang kami cuma bela Kiko dan Melly. Walaupun terdapat suka dan duka bila bela kucing ni, tujuan kami untuk bela tu terbukti berkesan. Bela kucing dapat menceriakan suasana kami hidup berdua dirumah. Memang ada kadang-kadang kucing banyak buat hal kat rumah, pecahkan cawan la, curik lauk la, tapi itu yang menghidupkan suasana di rumah kami. Kami main, marah, mandikan kucing dapat hilangkan stress kerja. Feq sarankan kepada pasangan  yang masih belum ada cahaya mata, boleh cuba untuk bela kucing. Tapi jangan lupa tanggungjawab bila dah bela kucing. Makan, minum dan sakit kucing perlu dijaga. Jangan seksa kucing sedangkan tujuan kita bela adalah untuk beri kasih sayang kepadanya. Sekian. Semoga kisah kami ni membawa manfaat untuk setiap pembaca.


No comments:

Post a Comment