Friday 17 January 2014

Maharani Pil Herba Permaisuri Dinasti Ming


Beijing Te Zhi Bai Feng Wan juga dikenali sebagai Pil Herba Maharani adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Apakah itu Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.

Apakah ramuan yang terkandung dalam Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Apakah kesan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Beijing Te Zhi Bai Feng Wan dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

Adakah pengambilan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan akan menyebabkan badan terlalu panas?
Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan oleh badan.

Siapakah yang perlu mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.

Bolehkah ibu mengandung mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.

Bolehkah kanak-kanak mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan.

HARGA: RM88.00 (sekotak)
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh ke facebook kami atau boleh HUBUNGI KAMI. Jika berminat untuk join peluang bisnes pun boleh HUBUNGI KAMI.

Thursday 17 October 2013

Kucing dan Kami

Assalamualaikum.....

Hari ni Feq nak citer sikit pasal kucing dalam hidup Feq. Kucing merupakan satu haiwan yang dijadikan sebagai teman hidup manusia terutamanya sebagai orang Islam. Mungkin ada orang suka bela arnab, kura-kura, ikan atau sebagainya, tapi Feq paling suka kucing.

Dari kecik Feq dah start suka bela kucing, kucing pertama yang Feq bela nama dia Stokin. Haha .... memang nama dia Stokin sebab kat empat-empat kaki dia warna putih, kat bahagian lain semua hitam. Memang nampak macam pakai stokin, so Feq namakan dia Stokin. Stokin tak sempat membesar kerana tak sampai setahun Stokin mati. Satu hari tu, Stokin kena himpap dengan pokok, walaupun masih hidup Stokin tak boleh berjalan dan akhirnya kene jangkitan cacing dalam badan. Selepas seminggu dua Stokin mati dengan keadaan cacing penuh di dalam badan. Walaupun bela Stokin tak sampai setahun, Stokin kucing kesayangan Feq.  Walaupun Feq hanya berumur dalam 5-6 tahun, Feq tanam sendiri Stokin di tepi kawasan rumah. Sambil tanam sambil menangis meraung. Mau tak nangis, kucing pertama Feq bela, mestilah dah jatuh sayang.

Kenangan Feq bersama Stokin
Selepas dah kahwin ni, Feq dan Ina decide untuk bela kucing kat rumah. Sebagai pasangan suami isteri yang masih belum mempunyai cahaya mata, bela kucing banyak membantu kami menghidupkan suasana ceria di rumah. Sememangnya sebagai pasangan yang dua tahun berkahwin dan masih belum dapat cahaya mata, hidup berdua dirumah kadang-kadang sunyi. So dengan harapan dapat menceriakan suasana di rumah, kami berdua decide untuk bela kucing.

Kucing pertama Feq bela ialah Kiko. Kiko Feq ambik masa masih kecik lagi kat sebuah kedai makan. Kat kawasan kedai makan tu Feq nampak dekat 5-6 ekor anjing berkeliaran kat sekitar kawasan tu. Feq ambil Kiko atas sebab risau anak kucing ni akan dibuli anjing sampai mati. Feq pernah tengok 10 ekor anjing buli seekor kucing sampai mati. Anjing ni bukan nak makan pun kucing ni, kalau makan tu takde la terkilan sangat. Ni dia buat main je kucing tu. Dah mati semua blah macam takde pape berlaku.

Kiko masa kecil ... suka main dan suka gigit.
Gambar terkini Kiko ... still suka gigit haha.

Kucing kedua yang kami bela ialah Chiko. Chiko kucing yang sangat comel, ekor die kembang, warna pon cantik dan yang paling best Chiko sangat manja. Chiko Ina ambil dekat kawasan rumah masa masih kecil jugak. Kami plan amik Chiko sebab nak bagi Kiko kawan main kat rumah. Orang kata tak baik bela haiwan seekor.

Tapi umur Chiko tak panjang, walapun ada orang kata kucing ada 9 nyawa, ajal Chiko tiba lepas 6 bulan kami bela. Suasana sangat sedih masa kami jumpa mayat Chiko tepi rumah mak, Chiko mati dalam keadaan bersih takde kesan luka pada badan. Mayat Chiko macam tengah tidur je. Kami tak percaya yang Chiko dah mati. Feq angkat Chiko bawak balik rumah dan periksa badan Chiko lagi sekali, cuma yang Feq nampak ada darah meleleh sikit dekat hidung Chiko. Kemungkinan besar pendarahan dalaman, Feq rasa kemunginan Chiko kena langgar dengan motor. Dekat sejam kami berdua menangis sambil belai Chiko. Chiko dah macam anak pada kami. Setiap hari main, setiap kali balik Chiko akan tunggu depan pintu rumah. We will always miss u Chiko!

Chiko tengah main :)
Chiko dah pergi buat selama-lamanya .....
Kucing ketiga yang kami bela ialah Melly. Buat pertama kali kami bela kucing betina. Abang Feq kutip Melly kat masjid, Melly hampir kena langgar dengan kereta. Pada awalnya Feq cuma nak bela satu minggu je, Feq nak mandikan Melly pasal banyak kutu kat badan dia, hujung minggu nanti datang rumah mak Feq pulangkan balik kat abang. Last-last dia kata dia nak letak balik Melly kat masjid sebab dia malas nak bela. So kami amik keputusan untuk bela Melly. Kesian pulak dah bela seminggu pastu nak letak balik kat masjid.

Melly
 So sekarang kami cuma bela Kiko dan Melly. Walaupun terdapat suka dan duka bila bela kucing ni, tujuan kami untuk bela tu terbukti berkesan. Bela kucing dapat menceriakan suasana kami hidup berdua dirumah. Memang ada kadang-kadang kucing banyak buat hal kat rumah, pecahkan cawan la, curik lauk la, tapi itu yang menghidupkan suasana di rumah kami. Kami main, marah, mandikan kucing dapat hilangkan stress kerja. Feq sarankan kepada pasangan  yang masih belum ada cahaya mata, boleh cuba untuk bela kucing. Tapi jangan lupa tanggungjawab bila dah bela kucing. Makan, minum dan sakit kucing perlu dijaga. Jangan seksa kucing sedangkan tujuan kita bela adalah untuk beri kasih sayang kepadanya. Sekian. Semoga kisah kami ni membawa manfaat untuk setiap pembaca.


Wednesday 2 October 2013

Bisnes Adalah Untuk Semua!

Assalamualaikum ....

Setiap manusia mempunyai keinginan untuk memperbaiki kehidupan mereka tidak kira dari segi kesihatan, kewangan atau cara hidup mereka. Di zaman yang moden yang penuh dugaan dan cabaran ni, kita sebagai seorang insan biasa juga ingin memperbaiki kehidupan kita terutamanya dari segi kewangan.

Islam telah menyebut bahawa 9 daripada 10 rezeki itu datang dari berniaga. Di zaman sekarang pelbagai jenis bentuk perniagaan terdapat di Malaysia seperti peruncitan, perkhidmatan, bisnes online dan macam-macam lagi. Dan saya pasti setiap orang ada keinginan untuk berniaga sendiri dan berhenti daripada kerja makan gaji yang terlalu memakan masa hidup kita yang sepatutnya kita dapat luangkan masa bersama kawan, keluarga dan anak-anak.


Sejarah Bisnes Kami

Sejak dari kecik Feq telah dibesarkan dalam keluar bisnes. Ayah Feq seorang publisher terkemuka di Malaysia. So selepas habis sekolah Feq dapat rasakan yang minat untuk bisnes ni mengalir dalam darah Feq. 

Bermula dengan membantu ayah dalam marketing produk ke serata Malaysia, Feq rasakan keseronokan bisnes selepas melihat hasil pulangan yang lumayan. Selepas menimba ilmu dari pengalaman memasarkan produk di syarikat ayah, Feq ambil kepustusan untuk membuka sendiri syarikat khas untuk memasarkan produk syarikat ayah. Kira macam distributor tunggal.

Keputusan yang Feq buat membuahkan hasil. Feq takde lah dalam kategori kaya raya tapi bolehlah tahan. Feq ada 5 branch di pasaraya bersar seperi Giant, Tesco dan Jusco. Itu tidak masuk even-event lain yang Feq join. Feq ada 15 staff dibawah syarikat Feq. Feq bangga dengan kejayaan yang Feq capai. Tapi lumrah bisnes ada pasang dan surut. 

Selepas beberapa tahun menembangkan sayap bisnes akhirnya bisnes Feq turun menjunam disebabkan kecanggihan teknologi. Teknologi internet, computer dan smartphone telah menular di seluruh dunia. Dunia bahan bacaan bertukar dari buku kepada digital. Bisnes bahan bacaan merundum jatuh tidak kira majalah, novel dan lain-lain. Secara langsung syarikat Feq dan syarikat ayah terkena tempias kejatuhan jualan.

Di sini bermula tekanan dalam bisnes. Feq terpaksa mengurangkan staff untuk minjimatkan kos. Terpaksa mengurangkan branch dan akhirnya mengambil keputusan untuk stop semua operasi. Feq bersyukur walaupun buruk keadaannya,  tidaklah seburuk bankrap atau berhutang keliling pinggang. Feq mempunyai simpanan yang cukup Feq untuk memulakan bisnes baru.


Bisnes Baru Bersama GLAM Bermula

Setelah menelan pahit manis dalam dunia peperangan bisnes ni, banyak ilmu pengalaman yang Feq perolehi. Feq belajar yang bukan mudah untuk kita berjaya dalam bisnes, banyak tekanan dan masalah yang menimpa. Dan apa yang paling mencabar ialah kita hanya seorang sahaja. Sebagai orang paling atas dalam bisnes semua yang pahit hanya Feq rasa, semua tekanan akan datang pada Feq. Bukan semua masalah kita cerita pada staff. Semua tekanan Feq tanggung seorang. Feq takde bisnes partner untuk ceritakan masalah syarikat. 

Dalam kesibukan mencari peluang bisnes, akhirnya Feq bertemu dengan bisnes Green Leader Academy Malayis (GLAM). Rakan lama Feq introducekan bisnes ni dekat facebook. So selepas jumpa rakan Feq tu dan bincang pasal bisnes, Feq ambil keputusan untuk join bisnes GLAM. Kenapa Feq join GLAM?

Bisnes GLAM ni lain daripada yang lain. Ia satu peluang bisnes dijalankan secara berkumpulan bukan secara individu. Rakan bisnes GLAM yang sedia ada akan bantu rakan bisnes baru dari segala sudut bisnes untuk sama-sama capai tingkat yang teratas. Atas sebab inilah Feq pilih GLAM. Tiada lagi tekanan yang Feq kena tanggung seorang, segala masalah dalam bisnes GLAM ni Feq boleh ceritakan pada rakan bisnes yang lain dan mereka akan bantu sebaiknya. Inilah yang Feq cari. Feq tak pernah sangka terdapat sebegini cara dalam bisnes. Feq bersyukur diberikan jalan untuk memulakan bisnes ini. 

Selepas join Feq diperkenalkan kepada orang teratas dalam GLAM. Feq tak sangka orang yang teratas ni seorang wanita muda berusia 29 tahun yang hanya seorang suri rumah. Kejayaannya melangkaui apa yang pernah Feq capai. Dgn pendapatan 6 angka sebulan, kereta mewah dan rumah mewah idaman semua. Dan yang paling mengejutkan dia hanya mengambil masa 4 tahun untuk capai apa yang diperolehi sekarang. Selepas bertemu dengannya, Feq nekad untuk capai lebih daripada dia. Feq lelaki, Feq berpengalaman dalam dunia bisnes ni. I know i can do it.

Alhamdulillah... dengan bantuan rakan bisnes GLAM. Feq dapat capai apa yang sesuatu yang Feq impikan. Walaupun belum sampai tahap yang teratas, tapi jalannya jelas terbentang luas. Yang paling penting Feq berjaya bersama rakan-rakan bisnes Feq. Sama-sama menuju ke puncak. Itulah kelebihan GLAM.

Jom Join Bisnes GLAM

Taida apa yang paling penting dalam bisnes selain usaha dan doa. Usaha dalam bisnes ni tiada penghujungnya. Setiap hari baru adalah cabaran yang baru. Kalau anda baca artikel ni sampai sini, Feq yakin anda seorang yang minat dan nekad untuk memperbaiki hidup anda dalam berbisnes.  Jangan mengharapkan kejayaan daripada rakan bisnes tanpa usaha sendiri. Tiada siapa yang akan bantu jika diri sendiri yang tidak mahu bantu diri sendiri.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang bisnes GLAM ni boleh hubungi Feq atau isteri. Feq akan jelaskan segala soalan atau kemusykilan anda. Call atau SMS kami, nak berjumpa pun boleh. Jika anda seorang yang betul-betul nekad untuk membantu diri sendiri, jangan malu atau segan untuk hubungi kami. Untuk sampai ke garisan penamat perlukan langkah pertama.. buatlah langkah pertama anda sekarang untuk bebas dari masalah kewangan. Seramai 3000 orang telah pilih GLAM untuk bisnes mereka tidak kira tua atau muda, sebagai part time atau full time, kenapa tidak kita? GLAM akan bantu anda!


BOOK YOUR APPOINTMENT TODAY!

Tuesday 1 October 2013

Mineral Coffee

Mineral Coffee

Apa Itu Mineral Coffee

Mineral Coffee mempunyai aroma biji kopi Robusta yang unik untuk kepuasan penggemar-penggemar kopi. Tapi tidak seperti kopi biasa, Mineral Coffee mengandungi khasiat tambahan seperti magnesium yang diperoleh dari garam buluh dari Korea.


Khasiat Garam Buluh (Bamboo Salt)

- Mengandungi magnesium yang tinggi
- Bersifat alkali
- Sebagai ajen antioksida
- Menyingkir toksin toksin dalam badan
- Kandungan mineral yang tinggi (80 jenis mineral diperlukan badan)
- Membantu pelawasan dan sistem penghadaman dalam badan

Kebaikan Mengamalkan Mineral Coffee

Mineral Coffee ini kaya dengan antioksida yang dapat meningkatkat kecergasan minda dan badan. Mineral Cofee ini juga kaya dengan mineral seperti magnesium, calcium, iron dan potassium. Dengan mengamalkan Mineral Coffee dapat membantu mengurangkan stress dan tekanan minda. 

Cara Penyediaan Mineral Coffee

Masukkan 1 sachet Mineral Cofee ke dalam cawan dan campurkan 150ml air pasas dan kopi anda siap untuk diminum.


Dapatkan Mineral Coffee biji kopi Robusta yang sememangnya sedap sambil menjaga kesihatan anda. Sekotak Mineral Coffee ini mengandungi 20 sachet yang senang untuk dihidang. Jadi jom lebih sihat bersama Mineral Coffee!

HARGA: RM26.00 (sekotak)

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh ke facebook kami atau boleh HUBUNGI KAMI. Jika berminat untuk join peluang bisnes pun boleh HUBUNGI KAMI

Sunday 29 September 2013

Kisah Kopi dan Lelaki

Kisah Kopi dan Lelaki

Feq boleh jamin majoriti lelaki di Malaysia ini mesti minat minom kopi atau nescafe. Macam tak boleh dipisahkan lelaki dan kopi ni. Setiap peminat kopi mesti kurang-kurang mesti nak juga pekena satu gelas kopi. Tak boleh missed sehari woo...

Bagi Feq yang sememangnya peminat kopi menganggap kopi ni minuman special sebab kopi ni mempunyai rasa yang berbeza-beza. Biji kopi dari lain negara rasanya lain dari yang ada di Malaysia. Ada kopi yang x kene ngan selera Feq. Tapi kalau dah jumpe kopi yang serasi ngan tekak ni mmg macam ketagih haha.. Tapi ada org cakap minum kopi banyak-banyak tak elok untuk kesihatan. Ada pulak bila Feq search internet banyak website reaserch biji kopi ni kata banyak juga khasiat dan kelebihan dalam kopi ni. Tah la .... bagi Feq selama bertahun-tahun ni x pernah pulak dengar orang masuk hospital pasal minum kopi. So layan je la minum kopi kegemaranku hahahaa....

Ok, setiap peminat kopi ni ada kopi kegemaran masing-masing. Kat sini Feq nak citer pasal kopi mana yang Feq layan. Maybe ada ramai juga yang punya selera kopi yang sama, kalau ada thumbs up! Kat bawah ni Feq tunjukkan kopi-kopi yang Feq suka ....

POKKA VANILLA MILK COFFEE


Pokka Vanilla ni boleh dapat di banyak tempat seperti supermarket dan petrol pam. Cuma satu je nasihat kalo bagi sesiapa nak try ..... kopi ni tak sedap kalau minum tak sejuk. So minum time sejuk ye...

NESCAFE LATTE

Mesti ramai kat luar sana yang suka jugak Nescafe Latte ni. Rasa dia memang best!

NESCAFE GOLD

Kalau kat rumah Feq paling suka minum yang ni .... Nescafe Gold ni rasa kopi dia lepih kaw daripada Nescafe yang biasa. Yang paling best Feq jumpa satu resipi cara bancuh Nescafe Gold ni jadi lagi sedap, rasa macam kopi kat Starbucks atau Coffee Bean haha... x lah sama tapi memang rasa sangat best. Bancuh kopi ni dengan gula dan campur susu kotak segar jenama HL. Sesapa yang nak try boleh try sendiri. Tapi jangan campur susu segar lain.... rasa dia akan jadi lain. Dah pernah try susu lain rasa dia tak sesedap susu HL. Selamat mencuba :)

Itulah dia antara kopi kegemaran Feq. Banyak lg yang tak dapat nak tunjuk sebab banyak sangat kopi yang Feq suka macam BOSS BLACK ROAST, STARRBUCKS, KOPIESATU CARAMEL COFEE ICE BLENDED dan macam-macam lagi lah. Yang penting die sedap haha....

Tapi baru-baru ni, sebelum Feq join bisnes ni, ada kawan Feq merangkap bisnes partner Feq skang suruh try rasa MINERAL COFFEE ni. Dia kata kopi ni banyak khasiat daripada kopi yang biasa sebab ada campuran garam buluh. Feq tanya dia sedap ke? Dia suruh Feq try dulu dan tentukan sendiri. So Feq try la minum..

MINERAL COFFEE


      Balik rumah try minum memang rasa dia sedap dan unik. Bertambahlah lagi satu kopi kegemaran Feq. Maybe sebap ada garam buluh tu rasa dia unik kot. So lepas tu bagitau kat isteri rasa kopi ni sedap. Dia pon kata baguslah kalau sedap boleh la beli minum kat rumah, pastu senang nak bancuh pasal die 3 in 1 dalam peket. Lagipun banyak khasiat dari kopi biasa. 

Betul jugak kata isteri Feq, daripada minum kopi biasa baik minum MINERAL COFEE ni ada juga khasiat garam buluh ni kat Feq. Yang penting rasa dia memang sedap. So sebagai peminat kopi selagi rasa kopi di serasi dengan tekak apa salahnya. jadi Feq ambik keputusan untuk try amalkam minum MINERAL COFFEE ni. Kopi lain yang Feq suka pon masih layan lagi.... mana boleh tinggalkan semua kopi yang sedap-sedap tu.

Selepas join bisnes dengan kawan Feq tu dan selepas buat research tentang produk-produk yang syarikat tawarkan, Feq pun borong MINERAL COFFEE tu untuk bisnes sebab bila Feq google khasiat dan respon orang tentang MINERAL COFFEE ni memang ramai yang suka rasa dia dan khasiatnya. Yes, yang paling penting kopi tu sedap. Feq borong sebab Feq yakin MINERAL COFFEE ni ramai yang akan suka.

Sekarang memang hari-hari kat rumah tak kira tengah mengadap PC ke tengah melukis ke memang layan MINERAL COFFEE ni je. Sebagai peminat kopi Feq sarankan semua peminat-peminat kopi kat luar sana try minum kopi ni. Feq bukan sarankan sebagai penjual, tapi sebagai peminat kopi macam korang juga. Tak beli kat Feq pun takpe janji try rasa dlu.....sebab rasa dia sedap dan dapat menyihatkan badan sebagai bonus. Try jangan tak try !

Kepada yang nak tau khasiat atau nak tau macam mana nak dapatkan MINERAL COFFEE ni boleh HUBUNGI KAMI. Nak join jadi rakan bisnes pon boleh untuk tambah pendapatan.






Friday 27 September 2013

Apa Itu Premium Beautiful?

Apa itu Premium Beautiful ?


Premium Beautiful adalah corset kesikatan NO.1 di Malaysia dan mungkin keunikannya hanya satu di dunia. Ia menggunakan teknologi F.I.R. yang membantu membaiki sistem peredaran darah. Premium Beautiful telah membantu ramai wanita Malaysia kembalikan kecantikan tubuh badan sambil menyihatkan badan!


Premium Beautiful terbahagi kepada 3 bahagian:
- LONG BRA
-WAIST NIPPER
-LONG GIRDLE


Antara Kebaikan dan Kelebihan Premium Beauiful

-Direka untuk 70% kesihatan dan 30% kecantikan tubuh badan
-Membantu membaiki sistem peredaran darah dan metabolisma sambil mecantikkan tubuh badan
-Warranty seumur hidup! Ya.. seumur hidup!
-Diiktiraf oleh Superbrand
-Selesa dan mudah dipakai
-Menggunakan teknologi Far Infrared Rays (F.I.R.)
-Pemakaian digalakkan oleh American Chiropratic Association

Apa itu Far Infrared Rays (F.I.R.)?

Far Infrared Rays adalah salah satu gelomgbang tenaga yang terdapat dalam sinaran matahari. Tidak seperti gelombang ultraviolet dan gelombang mikro yang membahayakan manusia, F.I.R. mengandungi kesan positif dan telah disahkan mempunyai kebaikan kepada manusia. F.I.R. telah diterima serata dunia sebagai salah satu alternatif untuk teraphy untuk menyembuhkan palbagai penyakit.

Siapa yang patut pakai Premium Beautiful?

Corset telah dicipta berkurun lamanya. Ia terbukti dapat membantu membentuk tubuh badan wanita supaya menjadi lebih ramping dan seksi. Gabungan teknologi F.R.I. dalam corset menjadikan Premium Beautiful corset kecantikan + kesihatan  No.1 di Malaysia. Premium Beautiful sesuai dipakai oleh:

-Wanita lepas bersalin yang masih di dalam pantang
-Mempunyai masalah sakit belakang dan sakit tulang
-Pesakit cyst dan fibroid
-Pesakit yang menghidap asthma (mengurangkan serangan asthma)
- Mengurangkan kesan calar selepas bersalit
-Menganjalkan payudara dan punggung

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, BANTUAN DAN DISKAUN MENARIK HUBUNGI KAMI HARI INI!